Click here for Myspace Layouts

Isnin, 25 April 2011

SEJARAH SUKAN FUTSAL

Perkataan Futsal berasal dari bahasa Spanyol, iaitu Futbol (Bolasepak) dan Sala (ruangan/ gelanggang), yang jika digabung ertinya menjadi “Bolasepak dalam Ruangan/ Gelanggang”.

Menurut FIFA, Sukan Futsal bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay yangmana sukan ini diperkenalkan oleh Juan Carlos Ceriani, seorang pelatih bolasepak asal Argentina. Oleh kerana hujan yang sering mengguyur Montevideo membuatnya resah dan susah hati, oleh itu semua rencana yang telah susun menjadi hancur akibat lapangan yang tergenang air. Lalu Ceriani memindahkan latihan ke dalam ruangan/gelanggang. akan tetapi Ceriani tetap menggunakan jumlah pemain 11 orang, namun kerana ruangan yang sempit, Ia memutuskan untuk mengurangi jumlah pemain menjadi 5 orang setiap pasukan, termasuk penjaga gol.
Ternyata latihan didalam ruangan itu sangatlah efektif dan atraktif. Sehingga mampu menarik minat banyak peminat dikalangan masyarakat Montevideo. Lalu banyak penggemar bola di kota itu yang mencuba permainan baru ini, dan jadilah Futsal olahraga yang diminati oleh  masyarakat luas.
Sejarah Sukan Futsal versi FIFA ini tidak akan diterima begitu saja, kerana ada beberapa negara yang menganggap bahawa Sukan Futsal ini berasal dari negara mereka masing-masing.
Kanada dan Brazil termasuk negara yang menganggap bahawa Sukan Futsal berasal dari negara mereka. Mereka menentang keras sejarah Futsal versi FIFA ini. Brazil menganggap bahawa ketika Ceriani  memperkenalkan Sukan Futsal ini, pemain bola di Brazil sudahpun melakukan hal yang sama, namun di Brazil tidak menggunakan aturan tetap, ini bermaksud aturan setiap daerah berbeza-beza.

Sukan Futsal berkembang sangat pesat di Brazil, lalu pada tahun 1936  penetapan peraturan dan undang-undang Sukan futsal telah pun dibuat. Pada masa itu, peraturan dan Undang-undang Sukan futsal juga tidak banyak bezanya dengan peraturan dan undang-undang Sukan futsal yang ada pada masa ini. Dengan adanya peraturan dan undang-undang ini, Sukan futsal semakin berkembang dan digemari di Amerika Latin, bahkan ke seluruh dunia.

Sementara di Itali, futsal mula diperkenalkan pada tahun 1950an. Futsal di Itali diperkenalkan oleh pemain-pemain sepak bola import dari Amerika latin yang bermain di Serie A (Liga Itali). Semasa tiada latihan, pemain-pemain itu bermain futsal dan ianya semakin dikenali dan digemari di Itali.

Akan tetapi ianya berbeza di England. Di England pemain-pemain bolasepak sering melakukan latihan  enam lawan enam di padang rumput. Futsal juga terkenal di England, sehingga pada satu ketika diadakan kejohanan futsal yang ditaja oleh London Express, salah satu harian terkemuka di London.

Di Sepanyol, perkembangan Sukan futsal jauh lebih cepat. Ini kerana  gaya permainan bola di Sepanyol sangat mirip dengan budaya dan gaya permainan Amerika Latin.

Pada 1965 International Futsal Competition telahpun diadakan buat pertama kalinya, iaitu Paraguay menjadi juara pertama. Lalu pada tahun-tahun berikutnya hingga tahun 1979 semua kejohanan dimenangi oleh Brazil. Brazil juga memenangi piala Pan Amerika untuk kali pertama di tahun 1980 dan 1984.

Di tahun 1974 pertemuan perwakilan futsal dari berbagai negara diadakan. Pertemuan di Sao Paulo itu ialah bertujuan untuk membentuksatu badan Badan Induk FIFUSA (The Federacao Internationale de Futebol de Salao / Federasi Futsal AS) iaitu sebagai organisasi rasmi yang mewadahi Sukan Futsal yangmana padamasa itu Joao Havelange dipilih sebagai ketua umum. Setelah wujudnya FIFUSA ini, Sukan Futsal semakin cepat merebak ke seluruh penjuru dunia.

Kejuaraan Dunia Futsal Pertama diselenggarakan oleh FIFUSA pada  1982 di Sao Paulo Brazil. Pada kejohanan edisi perdana ini Brazil sebagai juara.

Tiga tahun berikutnya, Kejohanan yang sama diadakan di Sepanyol. Ini adalah kali pertama kejohanan tiga tahun ini diselangseli di benua Eropa, sekali lagi Brazil menjadi juara. Dan pada 1988 Brazil berhasil ditewaskan oleh Paraguay di Australia.

Setelah beberapa tahun wujud, Sukan Futsal semakin terkenal dan diminati, dan FIFA pun tertarik. Pada 1989 FIFA secara rasmi memasukkan futsal sebagai salah satu bahagian dari bolasepak, dan FIFA juga mengambil alih penyelenggaraan kejuaraan dunia futsal.

Piala dunia futsal edisi FIFA yang pertama diadakan di Belanda pada 1989 dan yang kedua diadakan di Hong Kong di tahun 1992, dengan Brazil sebagai juara di kedua edisi ini.

Dengan adanya beberapa pertimbangan, akhirnya FIFA mengubah jadual piala dunia Futsal ini menjadi empat tahun sekali.