Click here for Myspace Layouts

Sabtu, 23 Julai 2011

CONGRATS TO MINISTRY OF DEVELOPMENT

Minister of Development Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi Hj Osman (L) presenting the trophy to the Ministry of Development after winning
the Piala Keputeraan Football Championship 2011 last night at 
the Hassanal Bolkiah National Stadium in Berakas.
Picture taken from: BRUNEI TIMES

Selasa, 19 Julai 2011

TAHNIAH SKUAD BOLASEPAK KKBS


Pasukan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) mengakhiri Kejohanan Bola Sepak Piala Keputeraan 2011 Antara Kementerian-kementerian di tempat ketiga selepas menumpaskan pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam perlawanan yang diadakan di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.

Azmain Haji Masri muncul jadi penyelamat bagi pasukan KKBS apabila menyumbang dua jgol untuk mengatasi pasukan JPM dengan kesudahan 2 - 1.

Pasukan JPM yang lebih gah berada di kedudukan selesa memperolehi jaringan awal melalui Md. Sharafuddin Hamdi di minit ke-21 namun gagal manfaatkan kelebihan tersebut untuk memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Tertinggal 0 - 1 di babak pertama, pasukan KKBS bangkit dengan strategi baru sekalipun menyedari rentak permaianan hampir sama dengan melancarkan serangan pantas tatkala babak kedua baru bermula.

Percaturan yang dilakukan oleh Pengurus Pasukan KKBS, Md. Azam akhirnya berjaya dilaksanakan apabila sepakan Azmain Haji Masri berjaya menembusi benteng pertahanan dan seterusnya penjaga gol pasukan JPM selepas menerima hantaran dari Md. Sahjohan Shari untuk memberikan kedudukan yang seimbang di minit ke-46.

Pasukan JPM bagaikan terhukum apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan KKBS selepas salah seorang pemain pertahanan pasukan JPM menjatuhkan Zulhilmy Haji Majid dalam kawasan D selepas menerima hantaran lintang dari Md. Faisal yang berada di sebelah kiri.

Azmain berjaya meletakkan pasukan KKBS berada di hadapan sekali gus memberikan gol kemenangan kepada pasukannya selepas sepakan penatlinya gagal di tepis di minit ke-61.

Kemuncak perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala Keputeraan 2011 Antara Kementerian-kementerian ini akan ditentukan pada hari Rabu depan dalam pertemuan antara juara Kumpulan A iaitu pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menentang juara Kumpulan B, pasukan Kementerian Pembangunan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Perlawanan akhir tersebut juga bakal menyaksikan persaingan sengit apabila juara dan naib juara kejohanan tahun lepas bakal berentap sekali lagi untuk menentukan juara baru.